Tag Archives: bloger

Hadiah dari Langit – Penghargaan

Alhamdulillah, saya senang sekali mendapatkan penghargaan dari sesama bloger, yakni dari Bunda Siti Fatimah Ahmad yang tinggal di Serawak, Malaysia. Semoga penghargaan ini semakin membuat kita bersemangat menjalin ukhuwah karena Allah Swt. Selengkapnya, penghargaan tersebut dapat pembaca tercinta lihat di: http://webctfatimah.wordpress.com/2011/03/09/ct47-hadiah-dari-langit-4-4-in-1-penghargaan/. Namun, izinkan juga saya mengutip penghargaan tersebut sebagai berikut:

 

*   *   *

 

PENGHARGAAN 2: AKHMAD MUHAIMIN AZZET (AMAZZET), JOGJAKARTA, INDONESIA

AMAZZET, demikianlah nama singkatan dari Akhmad Muhaimin Azzet. Sahabat guru yang mula saya kenali apabila beliau pertama kali mengunjungi blog ini. Menerusi blog MAHABBAH yang beliau pelopori, telah memberi banyak manfaat dan inspirasi kepada saya untuk mendalami ilmu keagamaan secara ilmiah dan berwasit sifatnya.

AMAZZET merupakan seorang Direktur Taman Pendidikan Al-Qur’an (TPA) Al-Muhtadin, Jogjakarta, Indonesia. Sangat berminat dalam dunia baca dan tulis. Melalui penulisan, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku motivasi pembangunan jiwa, dunia pendidikan dan kerohanian.

Alhamdulillah, dengan murah hati atas nama persahabatan dan persaudaraan, beliau telah menghadiahkan saya dua buah buku yang beliau hasilkan iaitu “MUTIARA HIKMAH: PEMBANGUNAN JIWA dan HIKMAH UTAMA HIDUP MULIA”. Kiriman mas Amazzet saya terima pada 13 Januari 2011 – Khamis.

Tiada yang mampu saya lahirkan perasaan ini melainkan rasa kesyukuran atas pemberian khazanah ilmu yang bermakna buat saya dari seorang sahabat guru. Saya berbangga dapat membaca hasil minda dari kumpulan ilmu yang diamal jariahkan kepada pembacanya. Semoga dimudahkan oleh Allah SWT segala urusan di dunia dan di akhirat.

Buku ini memberi banyak inspirasi untuk membentuk diri menjadi manusia yang patut banyak mensyukuri nikmat Allah. Intisari ilmu telah disusun dengan mantap oleh penulis bersama kandungan yang tentunya mencerahkan jiwa dan menjernihkan minda. Buku ini merupakan kumpulan ayat al-Quran dan Hadis Rasul yang terpilih. Selain itu, kumpulan sirah Rasul dan kata-kata mutiara dari para sahabat juga disertakan.

10 hikmah tersebut adalah Hikmah Iman (20), Hikmah Ilmu (45), Hikmah Akhlak (78),  Hikmah Utama (30), Hikmah Bagi Jiwa (71), Hikmah Rezeki (41), Hikmah Rahasia (21), Hikmah Cinta (32), Hikmah Wasiat (11) dan Hikmah Bahagia (36). Kandungan yang mengisi 10 hikmah dikumpul berdasarkan kesesuaian ayat, hadis, sirah dan kata mutiara.

Buku ini mampu memotivasi jiwa yang lemah dan kering dari semangat hidup. Walau tidak disertakan penjelasan dan huraian, bicara hikmah itu sendiri mampu memberi inspirasi sebagai panduan ke arah muhasabah diri. Menurut saya, buku ini mengajak pembacanya berfikir sendiri untuk sampai kepada maksudnya.

Merujuk kepada latar belakang Abu Zuhratul Aziza (Amazzet), buku ini mempunyai kekuatan sebagai mutiara ilmu yang mengajak dan berpesan ke jalan kebenaran. Selain itu, mampu menjadi motivasi berdos tinggi kepada pembentukan peribadi unggul. 6 bahagian Hikmah Utama telah dipilih sebagai fokus yang diketengahkan. Setiap bahagian hikmah tersebut disusun dengan bijak oleh penulis menggunakan dos yang bermutu tinggi. Intisari penawarnya  diambil dari sumber al-Quran dan al-Hadis.

Kandungan 6 bahagian hikmah tersebut adalah Hikmah Utama Islam (39), Hikmah Utama Iman (17), Hikmah Utama Ihsan (15), Hikmah Utama Takwa (17), Hikmah Utama Ikhlas (15) dan Hikmah Utama Cinta (20). Berbeza dengan buku pertama di atas, buku ini mempunyai nilai pengisian tersendiri. Penulis membuat huraian ringkas bagi menjelaskankan kandungan al-Quran dan al-Hadis yang dipilih.

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan untuk penyampaian ceramah, tazkirah, tausiah. Ia meliputi pengajaran dan teladan untuk menguatkan hujah bagi perbincangan tajuk yang berkenaan. Salut kepada Amazzet atas usaha kecil untuk mengumpulkan segala hikmah yang memberi impak besar dalam membangkit keinginan untuk mengajak manusia memenuhi fitrah kejadian dan kesejahteraan akalnya.

TERIMA KASIH AKHMAD MUHAIMIN AZZET

10 Komentar

Filed under Penghargaan